Kucing di perbuat dari apa ??


Hari ni kita berlajar kimia k , haha
Bayangkan kamu dapat mencipta seekor kucing !! Kamu memerlukan beberapa bahan seperti ini  >>

Karbon :
karbon ialah bahan binaan asas bagi setiap benda hidup. Karbon (C) mempunyai susunan elektron 2.4 . Karbon merupakan unsur bukan logam yangg akan membentuk ikatan kovalen dengan unsur bukan logam yang lain untuk memcapaikan kestabilan sususan elektron .

Sulfur :
sulfur berfungsi untuk membantupembekuan darah kucing . Sulfur (S) dalam kumpulan 16 dan mempunyai 6 elektron valens serta sususan elektron 2.8.6 .

Kalsium :
Kalsium (Ca) diperlukan utuk membentuk tulang yang kuat . Kalsium ialah logam alkali Bumi yang mempunyai nombor proton 20 .

Iodin :
kucing memerlukan iodin untuk kekal sihat . Iodin (I) suatu pepejal hitam keunguan dan mengandungi unsur-unsur yang wujud secara diatom pada keadaan bilik .

Besi :
besi ialah komponen penting dalam darah kucing . Besi (Fe) ialah contoh logam peralihan . Logam peralihan boleh membentuk ion dengan nombor  pengoksidaan yang berbeza semasa pembentukan sebatian . Besi menunjukan nombor pengoksidaan +2 dan +3 .

Natrium klorida :
garam biasa atau natrium klorida (NaCl) terdiri daripada unsur sodium dan klorin. Natrium (Na) ialah unsur reaktif dalam kumpulan 1 yang bergabung dengan unsur kumpulan 17 , klorin (Cl) , untuk membentuk sebatian ion .

Oksigen :
oksigen (O2) terdiri daripada dua atom oksigen yang membentuk ikatan kovalen ganda dua . O2 berkongsi dua pasang elektron untuk mecapai konfigurasi oktet .

Air :
hampir 67% daripada tisu badan seekor kucing terdiri daripada air . Dua atom hidrogen dan atom oksigen bergabung untuk membentuk molekul air , H2O . Hidrogen (H) dengan jisim atom 1.00794 u.j ialah unsur yang paling ringan . 


#saya salin balik apa yang tertulisan dalam buku rujukan saya , heee sebab tajuk dia buat saya teruja lak ...

promot ameerais_forteen , heeee



TERIMA KASIH SUDI MEMBACA ! XD

0 komen anda :D: