Ke Korea Ke Kita !!

 

Kali ni nak cerita tentang aku dan keluarga pergi Korea Selatan. Ni kali pertama untuk kami sekeluarga kecuali Along dan Angah. Depa dah pernah pergi sekali gan kawan depa. Kalau ada rezeki lebih, aku pun nak pergi Korea lagi. Serius BEST !

kebetulan hari tu salji turun. jadi 'peraq' sat haha
Kami pergi masa musim winter, sangat lah sejuk sampaikan 1 malam tu -18C kott. Pengalaman2. haha masa dok kat sini kami sewa homestay kat Guesthouse Cozy Place di Itaewon. Try la search. Not bad yang penting tuan punya tanah peramah, tapi tak pelik pun sebab orang Korea semua baik2  image하하.

Di sepanjang Itaewon ada pasar2 kecik dan kedai.image shopping kat sini pun seronok.
kemudahan subway merata-rata. don't worry. janji tau nak lompat2 train hehe.
 
masa winter tu, nampak je cahaya terik. tp tak membantu panaskan badan langsung. haha pastikan anda ade pocket heater ok image Pergi Korea tak pergi Myeong-Dong memang tak sah. Kat sini lah hampa2 terutama perempuan macam teman boleh beli barang kosmetik Korea pastikan anda mempunyai iman yang kuat di samping won yang ummph. Haha

 
Myeong-dong Street



Malam tu penat jadi pergi la makan grill daging dr Australia yang halal
tang ni laju ja kami . haha 

 
  Yang Good Restaurant  , Gangnam Style, Seoul.

Next day, pergi PULAU NAMI !! dan pergi main salji kat ...erm ade name dia . teman lupa . hehe mi ahn hae. balik dari Pulau Nami tu jumpe si bulus ni. comel jaaa, rasa nak bawak balik Malaysia. macam Mujibu pon ada hahaimage 


Buah kat sana besar2 wei manis pulak tu. aku geram sungguh.





 jalan sampai malam, then driver tu hantar kat Seoul Central Mossque. tapi..malangnya teman sekeluarga tak masuk masjid tu sebab penat sangat dan dalam kepala nak balik homestay kena jalan kaki. sementara sampai homestay kne daki bukit.. MashaAllah. ambil gambar jela keme. sebernarnya menyesal tak masuk. erm


Next day ! Naik subway balik pergi ke pasor pagi haa.. datang sini kalau nak makan seafood fresh2 mohon sediakan duit lebih. haha tp serius seafood dia semua best2 weii..kami beli ketam raja (kot sebab besar), lobster, salmon. then akan ad orang bawa seafood2 hampa tu masuk restoran depa kat tingkat atas. bayaran lain2 tuan. image P/S siapa ada gaout mohon jangan pergi nanti tergugat iman macam ayah aku. haha nasib ayah bawak ubat.
Noryangjin Market

hampa tengok la ketam tu Ya Allahhh image

Sebagai pencinta makanan selain pencinta kucing, aku nak letak sikit gambar makan kat sana yang aku makan hehe.

Kawan aku cakap ni sedap , tapi aku rasa macam ubat batuk. uhuk2
image

Belgian Fries. panas2 aumm, beli kat night street Myeongdong. Ada beli churros choclate, Subhanllah sedap sgt sampai tak sempat ambil gambar
 image
Makan kat Sultan Kebab di Iteawon image

HOHO my favorite of the food street. haha Hotteok yang pasti tanpa kacang. image


Nasi Goncang with Tuna di Pulau Nami.image

BARISTA COFFEE !! selain dari air banana kau tu ni coffee boleh dapat kat kedai 24h belambak. sekali kami sekeuarga beli borong habis haha. beli nak bawa balik ke tanah ayo.

Sekian laporan saya, terima kasih tidak terhingga kepada keluarga saya terutama ayah yang menjadi bank negara kami sekeluarga. i have such a fun trip there. i wish i can go there again on summer image . nak pergi Pulau Jeju pulak , nak p Namdaemun lagi beli pin tudung banyakk2, nak pakwe korea satukkk. haha InshaAllah sampai sana lagi dalam banyak2 tempat aku pergi. South Korea la bagi aku pengalaman yang menyeronokkan , maybe first time dapat salji. hahaha image
 

TERIMA KASIH SUDI MEMBACA ! XD

0 komen anda :D: